Wednesday, April 6, 2016

Kenal ke tidak?!


" Wahai manusia ! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan dan bersuku-suku agar saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,lagi Maha Teliti "
                                                                                     Al-Hujurat: 13



Afghanistan


"Assalammualaikum..."
"I'm fatimah"
“Hai, my name Irra and you?”
 “ I’m Yasmin.”


 Kejap!!!  Sebenarnya blog ni nak cerita apa?

 Sebenarnya kami nak berkongsi dengan awak-awak semua. Kami baru berkenalan dengan Yasmin, pelajar KICT dalam UIA ni saja. Adat berkenalan, macam biasa kami bertiga saling memperkenalkan diri, Selepas itu, kitaorang pun mula berborak. Rupanya Yasmin ni berasal dari Afghanistan. Yasmin menceritakan bahawa masa pertama kali datang ke Malaysia, mula-mula sekali dia tengok ialah fesyen. (biasalah perempuan). Perbezaan berpakaian antara kedua- dua negara tidaklah begitu ketara kerana kerajaan Afghanistan tidak meletakkan apa-apa syarat pun untuk berpakaian, cukup sekadar menutup aurat. Namun cara mereka mengenakan selendang berlainan sedikit dari kita, tidak seperti kita orang Malaysia, mereka tidak memakai anak tudung, cukup dengan hanya satu pin di bawah leher, lilit-lilit sikit dah siap. (Hmmm…memang berbeza…hehe) Akan tetapi berbeza dengan kawasan pendalaman Afghanistan iaitu Taliban. Mereka akan mengenakan burka apabila keluar dari rumah.


Burka ini pakaian yang menutup aurat dari kepala sampai kaki dan hanya ada ruang kain jarang yang kecil cukup untuk matanya melihat. Kalau burka berbeza dengan niqab tau. Niqab tu tutup muka sahaja tetapi masih lagi boleh melihat mata si pelaku. Tetapi kalau burka, dengan mata sekali tutup dengan kain yang berjaring atau jarang. Jangan pening-pening, Yasmin ini tinggal berhampiran dengan bandar sebab itu pakaian dia lebih kurang dengan masyarakat kita. Tambahan pula, kalau penduduk di bandar ke luar bandar mahu menziarahi keluarga atau urusan lain di kawasan pendalaman, mereka tidak perlu mengenakan burka.


Terdapat pelbagai warna Burka di Afghanistan tetapi warna utama burqa mereka ialah warna biru. Warna biru dipilih kerana melambangkan perlindungan atau dilindungi (protective). Burka ini hanya selapis kain yang akan menutup keseluruhan tubuh wanita itu tetapi sekiranya mereka mahu membeli barang atau mengangkat barang, mereka boleh mengambilnya dengan membuka separuh daripada kain Burka dan memegang barang tersebut didalam burka mereka. Kadang-kadang mereka terpaksa memegang kain burka kerana angin yang terlalu kuat. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh membuka burka dan menunjukkan wajah mereka sekiranya mereka mahu kerana pakaian burka ini direka dengan kain beserta penutup kepala diikat diatas kepala.

Seterusnya, Yasmin menceritakan mengenai baju tradisional mereka. Baju tradisional bagi masyarakat Melayu di Malaysia ialah baju kurung. Manakala, di Afghanistan baju tradisional mereka dikenali dengan nama gand Afghani. Coraknya seakan-akan dengan sari tetapi  baju mereka seakan-akan dress.

Bilakah mereka akan pakai baju tradisional ini? Jika di Malaysia baju kurung amat sesuai dipakai pada bila-bila masa sahaja seperti  waktu kerja, pergi kuliah, majlis, hari raya, dan lain-lain. Bagi masyarakat Afganistan pula, baju tradisional mereka hanya dipakai di waktu tertentu sahaja iaitu pada majlis perkahwinan dan parti seperti parti hari jadi. Malah pada waktu hari raya aidilfitri, mereka tidak memakai Gand Afghani. Mereka hanya memakai baju biasa sahaja namun baru untuk yang berkemampuan. Bagi yang tidak berkemampuan ,mereka hanya memakai baju biasa.


Bercerita tentang hari Raya aidilfitri, budaya memberi duit kepada budak-budak juga diamalkan oleh masyarakat Afghanistan, sama seperti budaya Malaysia. Namun, ianya berbeza dari segi makanan sewaktu hari raya di Afghanistan. Sekiranya di Malaysia, kita lebih kepada nasi atau nasi impit bersama dengan rendang. Tetapi kata Yasmin, makanan "Mantoo" dijadikan sebagai hidangan utama mereka. Makanan ini seperti dumpling tetapi berbeza dengan dumpling China. Inti Mantoo ini sama ada mengandungi daging lembu atau kambing, bawang, serbuk lada hitam dan perasa yang diingini yang dibaluti dengan kulit tepung yang serupa seperti wantan. Kemudian, dikukus sehingga masak dan disaluti dengan sos istimewa. Mereka akan menambah plain yogurt atau buah-buahan sebagai hiasan untuk menyedapkan lagi rasa Mantoo

MANTOO


ASHAK

Selain itu, mereka juga menghidangkan Ashak yang serupa dengan Mantoo, bezanya inti Ashak lebih kepada sayur. 











Menurut Yasmin, makanan wajib yang perlu ada di setiap rumah adalah haft miwa. Makanan ini terdiri daripada 7 jenis buah yang dikeringkan dan terdapat juga pelbagai jenis kacang di dalamnya. Mereka amat gemar menambah plain yogurt dalam mana-mana makanan, tidak terlepas juga dengan haft miwa. Mereka akan menghidangkan haft miwa di dalam cawan kaca sebagai pemanis mulut kepada tetamu yang berkunjung.


HAFT MIWA


Mengenali Yasmin amat berharga buat kami, kerana dengan mengenalinya kami dapat mempelajari sesuatu yang baru, yang berbeza daripada kebiasaan kita di Malaysia. Ini membuatkan kami teringin melancong ke Afgahnistan dan merasai sendiri pengalaman di sana. Yasmin berkata sekiranya kami berkunung ke Afghanistan, dia akan belikan kami baju gand Afghani itu sebagai buah tangan. Yasmin seorang yang ramah dan tidak lokek melayan kerenah kami biarpun kami baru sahaja berkenalan dengannya sehari. 






No comments:

Post a Comment